Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tahun Baru yang menjelma membawa seribu erti dan makna kepada diri ini. setelah pelbagai rintangan dan dugaan yang dilalui, akhirnya Allah telah bukakan ruang dan jalan untuk saya menjadi seorang guru. Gagal di peringkat awal dahulu bukanlah penghalang semangat kepada diri ini. Kelmarin pada 30hb Desember 2009, penutup tahun membawa sejarah bermakna apabila dengan rasminya selamat melapor diri sebagai guru di SMK Sepagaya. Tiada kata yang dapat diucapkan selain lafaz syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah S.W.T selaku pengatur kehidupan kita. saya juga memohon doa daripada sahabat agar terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya untuk menjadi seorang guru yang amanah dan berdedikasi.Insyallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan