Jumaat, 19 Februari 2010

Akhirnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Segala Puji bagi allah tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam buat junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W...

Alhamdulillah wasyukurillah, akhirnya segala usaha dan penat lelah akhirnya terlerai di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 5.30 pagi 17/02/2010 apabila 15 daripada 17 orang pendidik dan seorang doktor yang menyertai "Ekspedisi Manis 2010" berjaya dan selamat tiba hingga ke puncak Gunung Kinabalu.

Perjalanan yang bermula dengan tenang 14/02/2010 disertai dengan tiga buah kereta iaitu Avanza 1.5 S saya, vios J faesol, dan Frontier sahabat Ustad Fadli melusuri jalan raya yang lengang dengan kenderaan. Walaubagaimanapun, perjalanan tidak dijalankan secara konvoi kerana dibimbangi akan berlaku perlumbaan... maklumlah, jiwa muda. Jadi, kami memutuskan untuk menyelesaikan dahulu urusan masing-masing dengan tenang. sawal jam 6, Vios J bergerak awal bersama kumpulan muslimah seramai tiga orang di dalamnya. Jam 8.00 Avanza 1.5. S pula meluncur laju dengan muslimin seramai 6 orang di dalamnya dan tepat jam 10.00, team frontier pula bergerak dengan semua muslimin di dalamnya.

setelah semuanya selamat sampai di Kundasang, tujuan pertama mencari resort untuk berehat. akhirnya jumpa jg sebuah lodge yang kosong... Sunny Lodge. bolehlah untuk sehari stay sebelum ke gunung.

keesokan harinya semua bersemangat untuk naik ke gunung. memang seronok saat ini kerana semuanya bersemangat kuat. Ana pun sama, ukhwah sesama islam jelas terpancar apabila pendakian dilakukan dengan saling membantu antara satu dengan yang lain. letih memang merupakan lumrah lah..tak dapat nak tipu..hehehe. sampai di Laban Rata, kami diberi penginapan di Gunting Lagadan. Stay di situ Masyallah, hanya Allah sahaja yang tahu sejuk dan dinginnya angin di situ. tidur memang tak dapat lah..ana memang dah tak tidur lagi pagi tu..rasa lama sangat menanti jam 2 subuh tu.

tepat 2 subuh, semua bangun dan bersedia untuk mendaki. Takdir Allah, ana ditakdirkan secara tiba-tiba terkesan akibat tidak tidur semalaman dan terkena infection akibat kesejukan yang melampau. Ana tidak hiraukan semua tu, ana ambil segala supplemen dan ubatan yang ana bawa sebagai asbab untuk mengurangkan kesakitan yang ana alami..ana teruskan perjalanan dengan berbekalkan tawakkal lillahitaala sahaja ketika itu. lepas satu KM pertama, baru ana rasa kurang sedikit derita itu. tetapi, kafarah lain pula datang, Subhannallah..Maha Suci Allah..Ana benar2 insaf ketika itu..kaki ana tersangat kebas, jari dah tak boleh dilipat rapat akibat kesejukan..semuanya kebas.. Ana istighfar dan memohon keampunan dan kekuatan pada Allah seketika untuk meneruskan kembara itu. Selesai, Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan itu.. saya dah tak boleh berpatah balik kerana dah jauh, nak duduk di situ, bahaya kerana cuaca sangat dingin walaupun tidak hujan...ana teruskan

PUNCAK!!!! ANA DAH BERADA DI PUNCAK YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!! AKHIRNYA.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...

tepat jam 6.00 pagi ana tiba di puncak..segala perasaan bercampur baur..faham-fahamlah...:).

Bayu Kekuasaan-Mu

Syukur Semuanya Selamat Tiba Di Puncak

Puncak Kejayaan



Di Langit Kebesaran-Mu
Di Wajah Kekuatan-Mu
Ku melihat sebuah keagungan
kurnia ciptaan-Mu
Ya Allah

Hadirku insan kerdil dan daif
membawa cipta sebuah cinta
bagi mensyukuri segala kekuasaan
yang benar tiada dusta

di langit biru awan bayu
bertiup dingin salju sakinahMu
memberi rahmat dan manfaat pada makhluk
Engkau Maha Berkuasa sesungguhnya

Kembara Bayu Bumi Allah