Sabtu, 2 Januari 2010

Coretan pena (2hb Januari 2010)

Assalamualaikum w.t.w dan salam ukhwah fillah..

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan kesempatan dari Allah buat diri ini untuk bernafas di atas muka bumi-Nya yang Maha luas ini. Selawat dan Salam buat junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat baginda serta ahli keluarga baginda.

Alhamdullillah, selesai mesyuarat pertama di SMK Sepagaya, Lahad Datu. Sekolah baru yang menjadi destinasi pilihan untuk menyumbangkan bakti dan tenaga kepada anak bangsa. "penuh dengan kejutan"!!! itulah kata-kata yang boleh saya ungkapkan tatkala diri ini menerima lebih kurang enam jawatan yang diamanahkan untuk saya pegang di sekolah ini. Hanya lafaz yang tersimpan mengukir bicara di dalam hati atas kepercayaan yang diberi, namun pada masa yang sama diri ini sangat-sangat takut dan cemas menerima ini semua sebagai amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai pemimpin. pelbagai persoalan timbul di dalam benak ini, mampukah aku menjadi adil terhadap orang-orang di sekelilingku?Al-Qur’an sendiri memerintahkan agar kaum Muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

ya Alim, berikan diri ini kekuatan.. :(

selesai mesyuarat, disambung pula dengan berjumpa prospek niaga yang juga rakan sekelas sewaktu di sekolah dahulu. syukur ke hadrat Allah yang telah membukakan pintu hatinya untuk mendengar sedikit perkongsian berkaitan dengan Tiens Unicore yang saya jalankan. kebanyakan daripada mereka ramai yang berminat untuk masuk, cuma disebabkan kekangan kewangan yang tidak mengizinkan, keinginan itu terpaksa ditangguhkan dahulu. Ya Allah, Engkau murahkanlah rezeki sahabat-sahabatku, kurniakan mereka kehidupan yang baik yang dengan rezeki ini dapat menjadikan saya dan mereka lebih bertakwa kepadaMu. Amin.

Selesai berjumpa mereka, satu lagi jemputan menghadiri majlis walimah seorang sahabat seagama di Sri Perdana. tidak sedar bahawa yang saya menghadiri walimah tersebut di rumah kenalan sendiri...:). "cukup sederhana tapi sangat indah". erm, bila agaknya giliran saya pula ya?Opsss.... hehehehe..

selesai ke majlis itu, pergi pula ke rumah kak Murni yang mana ayahnya telah dijemput menghadap Rabbul Izzati pada petang 1 hb januari 2010. takziah buat keluarga arwah. semoga Arwah ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang bertakwa dan beramal soleh.

dalam sehari, banyak perkara berlaku, gembira, sedih, suka, terkilan. pelbagai pula ragam manusia dapat diperhati. namun apa yang pasti, penat..!!!heheheh, takdelah, yang pasti setiap sesuatu itu merupakan pengalaman yang akan menjadikan diri ini lebih matang dalam menilai dan dan mentafsirkan kehidupan. sesungguhnya diri ini masih mengintai redha Ilahi di sebalik penaglaman-pengalaman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan