Khamis, 11 Mac 2010
Jumaat, 19 Februari 2010
Akhirnya...
Bismillahirrahmanirrahim
Segala Puji bagi allah tuhan sekalian alam. Selawat dan Salam buat junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W...
Alhamdulillah wasyukurillah, akhirnya segala usaha dan penat lelah akhirnya terlerai di puncak Gunung Kinabalu tepat jam 5.30 pagi 17/02/2010 apabila 15 daripada 17 orang pendidik dan seorang doktor yang menyertai "Ekspedisi Manis 2010" berjaya dan selamat tiba hingga ke puncak Gunung Kinabalu.
Perjalanan yang bermula dengan tenang 14/02/2010 disertai dengan tiga buah kereta iaitu Avanza 1.5 S saya, vios J faesol, dan Frontier sahabat Ustad Fadli melusuri jalan raya yang lengang dengan kenderaan. Walaubagaimanapun, perjalanan tidak dijalankan secara konvoi kerana dibimbangi akan berlaku perlumbaan... maklumlah, jiwa muda. Jadi, kami memutuskan untuk menyelesaikan dahulu urusan masing-masing dengan tenang. sawal jam 6, Vios J bergerak awal bersama kumpulan muslimah seramai tiga orang di dalamnya. Jam 8.00 Avanza 1.5. S pula meluncur laju dengan muslimin seramai 6 orang di dalamnya dan tepat jam 10.00, team frontier pula bergerak dengan semua muslimin di dalamnya.
setelah semuanya selamat sampai di Kundasang, tujuan pertama mencari resort untuk berehat. akhirnya jumpa jg sebuah lodge yang kosong... Sunny Lodge. bolehlah untuk sehari stay sebelum ke gunung.
keesokan harinya semua bersemangat untuk naik ke gunung. memang seronok saat ini kerana semuanya bersemangat kuat. Ana pun sama, ukhwah sesama islam jelas terpancar apabila pendakian dilakukan dengan saling membantu antara satu dengan yang lain. letih memang merupakan lumrah lah..tak dapat nak tipu..hehehe. sampai di Laban Rata, kami diberi penginapan di Gunting Lagadan. Stay di situ Masyallah, hanya Allah sahaja yang tahu sejuk dan dinginnya angin di situ. tidur memang tak dapat lah..ana memang dah tak tidur lagi pagi tu..rasa lama sangat menanti jam 2 subuh tu.
tepat 2 subuh, semua bangun dan bersedia untuk mendaki. Takdir Allah, ana ditakdirkan secara tiba-tiba terkesan akibat tidak tidur semalaman dan terkena infection akibat kesejukan yang melampau. Ana tidak hiraukan semua tu, ana ambil segala supplemen dan ubatan yang ana bawa sebagai asbab untuk mengurangkan kesakitan yang ana alami..ana teruskan perjalanan dengan berbekalkan tawakkal lillahitaala sahaja ketika itu. lepas satu KM pertama, baru ana rasa kurang sedikit derita itu. tetapi, kafarah lain pula datang, Subhannallah..Maha Suci Allah..Ana benar2 insaf ketika itu..kaki ana tersangat kebas, jari dah tak boleh dilipat rapat akibat kesejukan..semuanya kebas.. Ana istighfar dan memohon keampunan dan kekuatan pada Allah seketika untuk meneruskan kembara itu. Selesai, Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan itu.. saya dah tak boleh berpatah balik kerana dah jauh, nak duduk di situ, bahaya kerana cuaca sangat dingin walaupun tidak hujan...ana teruskan
PUNCAK!!!! ANA DAH BERADA DI PUNCAK YA ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!! AKHIRNYA.. SYUKUR ALHAMDULILLAH...
tepat jam 6.00 pagi ana tiba di puncak..segala perasaan bercampur baur..faham-fahamlah...:).

Bayu Kekuasaan-Mu

Di Langit Kebesaran-Mu
Di Wajah Kekuatan-Mu
Ku melihat sebuah keagungan
kurnia ciptaan-Mu
Ya Allah
Hadirku insan kerdil dan daif
membawa cipta sebuah cinta
bagi mensyukuri segala kekuasaan
yang benar tiada dusta
di langit biru awan bayu
bertiup dingin salju sakinahMu
memberi rahmat dan manfaat pada makhluk
Engkau Maha Berkuasa sesungguhnya
Isnin, 4 Januari 2010
huh...banyaknya ( 3hb jan 2010 )
Assalamualaikum w.t.w.
salam ukhwah, salam sejahtera, salam satu Malaysia. wah tak tertinggal juga Satu Malaysia. inilah "salam" baru yg tlh digunapakai oleh semua kakitangan kerajaan. sedap di dengar tp adakah ia "sedap" untuk dihayati? tepuk dada, tanya iman..jangan kerana satu Malaysia hingga "menghalalkan cara". dah...tak mahu ulas, kang mcm2 provokasi pulak berlaku... berbalik kepada tajuk yang saya tulis di atas tu... "huh banyaknya"...tp apa yg banyak erk?
sebelum tu...terima kasih ukhti humairah sebab sudi jemput ana hadir ke majlis hari jadi pada 3hb 1 hari tu. syukur alhamdulillah..smg ukhwah fillah yg terbina kekal selamanya....dan semoga humairah diberikan kekuatan untuk menempuh usia yg sebenarnya semakin hari semakin singkat dalam erti pengertian sebenar..tp org selalu guna, semoga panjang umur...yalah, didoakan juga panjang umur,. bkn tak didoakan...:).k.
owh.k, apa yang banyak sangat la tu?banyak pula melalut ni...heheh..takde,sebenarnya hari pertama di sekolah, ana dah dapat banyak tugas. ana di bagi tugas untuk mengajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas. tugas berat tu.. kelas exam. kemudian td ana dah diberi dah smua buku-buku yg brkaitan..banyak giler buku dia...tp itulah cabaran yang kena ana hadapi. skarang ana dah ada di sini, ana yg berharap kerja ni, ana yang buat keputusan ni...so ana kena bertanggungjawab dgn apa yang ana buat.smg ana diberikan kekuatan. insyallah...

Sabtu, 2 Januari 2010
Selamat Hari Lahir Humairah
Hari ini merupakan hari lahir seorang ukhti yang istimewa. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rahmat dan mawaddah Allah dan manusia.
Peringatan Buat Diri Ini dan Para Pemimpin Lain
Menjadi pemimpin bukan mudah. Tapi zaman sekarang semua orang kemaruk untuk jadi pemimpin. Hayatilah kisah ini untuk menilai layakkah kita untuk meminta-minta jawatan pemimpin.
Dari hal keadilan, ketakwaan dan kemuliaan budi baginda Umar bin Abdul Aziz, tidaklah perlu lagi diterangkan panjang lebar. Kisahnya panjang lebar telah dikarang oleh ulama-ulama.
Sesungguhpun dia telah mencapai kedudukan yang semulia itu, belumlah dia kenyang dari petunjuk ulama dan pimpinan seorang yang arif.
Pada suatu hari berkirim suratlah baginda kepada ulama Tabi’in yang masyhur, Hasan Basri, bertanya kepada beliau dari hal sifat-sifat Imam (raja) yang adil. Maka telah menjawab Hasan Basri demikian bunyinya:
“Ketahuilah hai Amirul Mukminin, bahawasanya Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan raja yang adil laksana tongkat tua yang teguh condong yang akan menauri, lemah yang akan membila. Dia menjadi tujuan dari segala orang yang ragu, memperbaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, tempat mengadu bagi tiap-tiap yang teraniaya, tempat kembali dari tiap-tiap yang sengsara.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang pengembala yang hati rahim kepada binatang pengembalaannya; dibawanya ke padang yang berumput subur, dijaganya jangan jatuh ke lurah yang curam, dijaganya dan dipeliharanya jangan ditangkap binatang buas, dipeliharanya jangan ditimpa dahaga dan kepanasan.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ayah yang cinta akan anak-anaknya, diasuhnya semasa anak itu kecil, diajarnya setelah anak itu besar, dituntunnya di dalam mencari penghidupan, dikumpulkannya harta bersusah payah, untuk anaknya itu jika si ayah mati.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, laksana seorang ibu yang pengasih, dikandungnya anaknya dalam perutnya dengan susah payah, diasuhnya setelah anak itu lahir. Tidak tidur matanya malam, jika anaknya bangun, dia termenung jika dilihatnya anaknya duka, disusukannya; puas disusukan digendungnya. Mukanya berseri-seri jika si anak sihat, mukanya muram jika si anak sakit.”
“Imam yang adil ya Amirul Mukminin, ialah laksana seorang yang berdiri di antara Allah dengan hamba-Nya, didengarnya Maha Tuhan dengan tenang, setelah itu diterangkannya bagaimana wajah-Nya kepada mereka. Dibimbingnya tangan umat supaya sama-sama ke hadrat Rabbi, memohonkan kurnia-Nya.”
“Oleh sebab itu ya Amirul Mukminin, janganlah paduka sebagai budak yang dipercayakan oleh penghulunya kepadanya menyimpan hartanya dan memelihara kaum kerabatnya, lantas budak itu khianat akan amanat, dimusnahkannya harta benda itu dan disia-siakannya petaruh.”
“Kemudian itu ingatlah ya Amirul Mukminin akan maut dan apa yang akan kejadian sesudah mati. Ingatlah bahwa persedian paduka agaknya sedikit, orang yang akan menolong paduka tidak ada. Bersiaplah untuk menghadapi mati, dan untuk menghadapi zaman sesudah mati.”
“Ketahuilah pula ya Amirul Mukminin, bahawa paduka akan tinggal dalam sebuah rumah yang tidak serupa dengan rumah yang paduka diami sekarang. Lama sekali paduka akan mengeluh di sana, dan tidaklah seorang juga yang akan menemuinya, hanya tinggal seorang diri dalam kesunyian."
"Oleh sebab itu berkemaslah dari sekarang dan bersiaplah. Kerana perkemasan dan persiapan yang disediakan lebih dahulu, itulah hanya yang akan menolong di sana kelak, iaitu pada waktu lari padanya manusia daripada saudaranya dan ibunya daripada ayahnya dan isterinya, daripada anaknya sekalipun.”
“Ingatlah ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan hati-hati, akan suatu masa kelak yang akan dibongkar segala isi kubur, akan dikupas segala isi dada, segala rahsia pada hari itu akan terbuka. Semuanya tertulis dalam kitab, baik besar mahupun kecil semuanya dihitung.”
“Maka sekarang ya Amirul Mukminin, ingatlah dengan saksama, sebelum ajal sampai janji mendatang, sebelum hukum putus angan berhenti:
Jangan paduka menghukum atas hamba Allah dengan kebodohan, jangan paduka bawa mereka ke jalan aniaya, jangan diangkat orang-orang yang takbur menjadi pegawai, memerintah orang yang lemah. Sebab mereka menjatuhkan perintah dengan sesuka hati dan semahu-mahunya saja. Kelak padukalah yang akan menanggungjawab atas dosa mereka, dan yang bertali dengan itu, dikumpulkan dengan dosa paduka sendiri.
Janganlah paduka terpedaya oleh tipuan orang-orang yang menelah nikmat kesusahan paduka. Mereka makan segala yang enak-enak di dunia, supaya paduka menelan segala kesusahan di akhirat.
Jangan paduka berbesar hati lantaran mempunyai kekuatan pada diri ini, tetapi fikirkanlah kekuatan untuk dari jiwa yang akan dicabut, pada waktu mana seluruh badan paduka diikat oleh rantai kematian, atau berdiri di hadapan Allah, dikelilingi oleh sekalian Malaikat. Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Pada waktu mana seluruh wajah makhluk, menghadap kepada Yang Hidup dan Yang Kekal!”
“Adapun patik sendiri ya Amiru Mukminin, meskipun nasihat patik ini tidak sebagus nasihat-nasihat orang-orang yang lebih muda daripada patik pada zaman dahulu, namun patik amat cinta kepada tuanku dan amat ikhlas. Oleh sebab itu pandanglah isi surat patik ini, laksana ubat yang diberikan oleh seorang kecintaan kepada kecintaannya yang sakit. Meskipun agaknya pahit, moga-moga di dalam kepahitan itu ada tersimpan kesihatan dan afiat.”
Dipetik dari Lembaga Hikmat, karya Hamka

Langgan:
Catatan (Atom)